5 Tanda Pokai
5 TANDA POKAI
(Seperti dikongsikan oleh Peneraju Truetech, CEO Samad Kinto)
1 : Gagal menyimpan hatta rm50 sebulan.
2 : Terpaksa melihat baki dahulu di skrin ATM sebelum mengeluarkan wang.
3 : Membayar jumlah minima kad kredit.
4 : Terpaksa berhutang untuk membayar hutang yang lain.
5 : Tidak membalas atau menjawab sms atau call dari pemiutang.
Andai berada di 5 situasi di atas, jangan risau. Aku pernah lalui. Masalah mesti di urus, bukan buat muka kasihan semata-mata. Pasti kemanisan muncul nanti.
Sekitar tahun 2008 hingga awal 2009 aku juga berada di status nombor 1,2 & 3.
Walaupun 2008 aku dah mulakan bisnes secara full time tapi aku lebih miskin dari 10 tahun aku menjadi seorang driver.
Aku mula tersedar bila aku duduk menulis nilai perniagaan aku. Segala wang keluar & wang masuk aku catit rapi.
Walaupun pernah aku keuntungan bersih sehari rm900 hasil bisnes telefon bimbit dari rumah tapi tunai yang berada di tangan & baki di bank tidak seimbang.
Pada mulanya aku rasa segalanya ok, tapi bila kaji kedudukan kewangan aku, rupanya aku berundur ke belakang.
Setahun perniagaan aku ini menjadikan aku miskin perlahan – perlahan. Aku gagal pantau ke mana duit aku pergi.
Barulah aku sedar yang aku ini jahil menguruskan kewangan.
4 kad kredit aku sudah mencapai tahap maksimum dan aku mulai lemas dengan personal loan dari 3 buah bank ternama. Aku tak boleh peluk tubuh sahaja.
Aku mesti bangkit semula. Aku mesti belajar kemahiran yang aku tak de.
Aku mesti belajar tentang duit. Aku mesti menguasai kepandaian tentang duit. Aku bermula sekali lagi.
Kali ini, aku bersedia ikat perut. Ilmu tentang kewangan aku upgrade perlahan – perlahan melalui pembacaan.
Amat kurang sekali program atau seminar tentang pengurusan wang peribadi masa itu.
+ Segala nafsu untuk berbelanja secara semberono aku pecat.
+ Ketagihan berbelanja aku ubah.
+ Tabiat ketagihan menyimpan mula terbentuk.
+ Aku kalis iklan
Sikap & pandangan aku sudah berbeza. Ketika mempunyai wang yang sedikit, berbagai jenis barangan aku nak beli.
Tetapi bila sudah mempunyai wang yang lebih aku mula rasa tidak selesa untuk berbelanja sesuka hati.
Memang betul, bila aku sudah merasai berada di lokasi paling bawah, aku mula menghargai apa yang di miliki.
Aku mula memilih untuk berbelanja. Aku sanggup membayar untuk buku & program ilmu tanpa berfikir panjang, tetapi aku ambil masa yang lama untuk berbelanja perkara material yang lain.
Perubahan mesti di lakukan jika mahu ubah 5 status di atas. Boleh buang ego untuk turunkan life style.
Jual segala barangan yang di sayang tetapi tidak berguna. Lari dari cabaran kewangan tidak menyelesaikan masalah tersebut.
Akui kesilapan diri & mulakan keyakinan untuk mengurus segala cabaran kewangan.
Hutang duit tidak datang secara sengaja. Kita yang memilih untuk tanda tangan bersetuju untuk membayar dalam tempoh yang lama & jumlah yang lebih dari yang di pinjam.
Setiap cabaran ada pakej kejayaan. Walaupun nasi kelihatan sudah jadi bubur.
Masih ramai di luar sana mempunyai masalah yang serupa. Akui kesilapan ini dan mulai belajar bagaimana untuk mengurus kewangan peribadi. Letakkan ilmu ini sebagai prioriti wajib. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
*******************************************************************************
Nampak tak? Betapa pentingnya pengurusan kewangan dalam bisnes.
Jika anda mencari peluang bisnes dengan produk yang menepati ciri-ciri produk sesuai untuk diniagakan,
(klik sini untuk 10 TIPS PILIH PRODUK untuk mulakan bisnes), dan pada masa yang sama anda mencari panduan dan mentor dalam pengurusan kewangan, Reveals Global adalah satu-satunya pilihan yang tepat. Tiada syarikat lain yang menyediakan platform yang serupa!
Kerana apa? Kerana hanya di Reveals Global anda akan dibimbing oleh mereka yang pakar untuk merentasi TUJUH PULAU usahawan ini. Nak tahu lebih lanjut? Whatsapp Ernie di 018 2323800.
*********************************************************************************************
Semoga belajar sesuatu ye. KLIK SHARE jika bermanfaat.
Terima kasih.
Captain Ernie.
018 2323800.