Marah-marah di FB?

Pernah tak anda rasa marah lepas tu luahkan marah tu dengan menulis di FB anda? Ini adalah sangat tidak bagus untuk anda yang bisnes secara online. Kenapa? Sebab FB profile adalah medan penting untuk anda menaikkan jenama diri. Nanti saya kupas tentang fungsi fb profile untuk bisnes anda dalam posting akan datang.

Now, saya nak bagi tips untuk anda yang susah kawal diri, bila marah jer memang nak tulis kat fb. Konon-konon nak luahkan perasaan, bagi orang yang anda marah tu baca, baru puas hati. Kononnyalah kan.

Caranya mudah sahaja. Anda boleh tulis status di fb, luahkanlah apa yang terbuku tu, nak hentam orang pun hentamlah…TAPI…set posting marah anda tu ke ONLY ME. Bila rasa dah cool down, baca balik status yang anda tulis tadi tu. Jika tulisan anda tu agak-agak okay, takde sakitkan hati orang lain, takde sebarkan aura negatif kat orang lain, then boleh tukar balik dari only me ke PUBLIC. Gitu.
Jangan marah-marah. Senyum selalu ye.

Jika bermanfaat, jangan lupa klik butang share di bawah. Mungkin kawan-kawan baca nanti, tak jadi mereka nak marah-marah kat fb kan hehe. Bye.

Senyum, jangan marah-marah!!!

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *