Rich Berries di Karnival Geng Masjid 2.0

Alhamdulillah, Rich Berries buat julung kalinya telah dapat bersama memeriahkan Karnival Geng Masjid 2.0 di Masjid Kuning, Kota Damansara pada 11 Mac~13 Mac lepas. Matlamat utama penganjuran Karnival Geng Masjid ini adalah untuk menjadikan Masjid sebagai lokasi untuk segala aktiviti berfaedah. Antara aktiviti yang ada ialah Forum Dhuha, Solat Dhuha Perdana, pertandingan memasak, derma darah, Ceramah Perdana, street soccer, mewarna, memanah, Fun Ride bersama jemaah masjid, Santai Selebriti dan Konsert Islam pada kemuncak 12 Mac, Sabtu lepas.

rich berries-karnival geng masjid-selangor

Antara 27 jemputan hebat yang pihak penganjur panggil mengikut 3 hari aturcara ialah Fara Fauzana, Heliza Helmi, Ustaz Asyraf, Ustaz Nazrul, Ustaz Fakhrul, Ustaz Jay, Ustaz Aran, Ustaz Dr. Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud, Ustaz Nasir, Ustaz Fattah, Ustaz Megat, Ustaz Najdi, Daie Luqman, Ustaz Hafiz, Ustaz Faris, Ustaz Muhadir Joll, Ustaz Azhar Ghazali, Noorkhiriah, Syifa Melvin, Adiela Ridzuan, Hafiz Hamidun, InTeam, Ammar Hamdan, Bell Ngasri, Encik Mimpi dan Dr. Nik Salida.

Mengikut kata penganjur, matlamat besar dalam penganjuran Karnival Geng Masjid ini adalah untuk menjadikan Masjid sebagai lokasi untuk segala aktiviti berfaedah. Kita mahu orang suka kepada Masjid dan datang tidak kira masa. Masjid ini boleh jadi sebagai tempat beriadah, berehat dan beribadat. Manfaat utama daripada program ini tentu sekali Imarahnya. Apabila ia menjadi lokasi yang seronok untuk dikunjungi, pasti fungsinya akan kian bertambah dan kemeriahan sesebuah Masjid itu akan bercambah.

Jadi apa yang kami dari Rich Berries telah tawarkan? Sebagai komuniti yang memberi perkhidmatan dalam pendidikan, kesihatan dan kewangan, kami sebagai wakil dari Reveals Global telah menawarkan:

  • Perkhidmatan imbasan kesihatan jantung secara percuma menggunakan Quantum Magnetic Scanner.
  • Memberikan voucher pembelian Rich Berries secara percuma bernilai RM10 kepada semua yang datang melakukan imbasan kesihatan jantung di booth kami.
  • Berkongsi tip-tip pemakanan yang sihat kepada mereka yang memerlukan.
  • Berkongsi tip-tip berkenaan bisnes untuk Newbie, bagaimana untuk bermula dan bagaimana memilih produk dan servis yang sesuai untuk bermula.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung karnival geng masjid yang meluangkan masa ke booth Rich Berries dan menggunakan khidmat imbasan kami. Ada para pelajar tingkatan 5, ada pelajar jurusan kedoktoran dari HUKM, ada tukang urut, bisnesman dari Singapura, jururawat, pramugari, teman-teman vendor yang turut berniaga di karnival, guru, ustaz dan bermacam-macam latar belakang lagi. Anda semua memang awesome! Semoga perkenalan singkat yang terjalin akan menghubungkan kita pada rancangan seterusnya.

Tahniah kepada penganjur dan seluruh vendors dan mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung menjayakan karnival geng masjid ini. Semoga usaha yang murni ini mendapat keredhaan Ilahi.

Last but not least, jom layan gambar-gambar sekitar karnival yang sempat kami rakamkan. Layan!!!

rich berries-bisnes dari rumah-murah-malaysia-selangor-cod

rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 3 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 4 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 5 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 6 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 7 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 8 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 9 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 11 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 12 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 14 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 15 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid-geng spm

rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 18

rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 12-tanyalah ustazah

rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid 13 rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid-tips jantung sihat rich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid-tips jantung sihat-cara makan rich berriesrich berries murah-malaysia-selangor-karnival geng masjid-rasa rich berries

 

 

Terima kasih dan well done kepada seluruh pasukan Rich Berries dan Reveals Global yang bersama-sama turun padang ke Karnival Geng Masjid 2.0. Pastinya kita berlajar sesuatu dari pengalaman ini. In shaa Allah.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *