Tips Newbie – Pos Laju

Tips Pos Laju Tanpa Modal Untuk Newbie yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes online dari rumah mahupun secara sambilan dari pejabat.
1. Dapatkan slip pos laju secara percuma dari pusat pos laju dan agen pos laju berhampiran. Sentiasa buat stok slip ini di rumah. Jika slip dari pos laju, ia adalah berwarna putih coklat. Jika dari agen, ia adalah putih oren. Buat stok untuk keduanya.
2. Tulis siap-siap macam saya sedang buat ni, sebelum anda keluar untuk mengeposnya.
3. Jangan pos laju di pejabat pos, buang masa sebab biasanya ramai orang. Pusat pos laju adalah pilihan kedua, pun kadang-kadang ramai orang. Jadi gunakan khidmat agen pos laju terdekat. Tak perlu beratur ambik nombor, siap dapat plastik pos laju free, kalau malas sangat, mereka boleh packkan untuk anda tau.
Sekian. Saya nak setel delivery optiberry ni dulu ye. Yang ada “LOVE” tu, apakah agaknya? Eh.😉
.
Istimewa untuk customer www.erniewati.com.

.

Nota:

Bila dah ada modal nanti, registerlah syarikat anda dengan Pos Laju ye. Modal diperlukan untuk pendaftaran, anggaran RM500. Anda akan kelihatan lebih profesional sebab nama syarikat akan diprint kat slip pos laju anda. Selain itu, tak perlu susah-susah lagi, pos laju akan datang collect shipment dari anda di lokasi anda. Gitu.

Jangan lupa klik share jika anda rasa tips ini bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang Newbie dalam bisnes. Terima kasih.

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *