Tips untuk Newbie : Jual Produk Sendiri atau Produk Orang?

Untuk anda yang bergelar Newbie. Sebagai Newbie, jangan gopoh! Ada satu persoalan penting yang mesti anda timbangkan iaitu, patutkah bermula dengan menjual produk keluaran sendiri atau bermula dengan menjual produk orang lain? Hmmmm…jemput baca coretan ini, semoga anda belajar sesuatu dari nota bisnes yang saya kongsikan ini 🙂 .

Usahawan newbie yang masih hijau, kebanyakan mereka ini sangat teruja dengan kisah kejayaan pemilik produk. Saya pun begitu dulu hehe…Mana taknya, kejayaan mereka terpampang di mana-mana. Iklan mereka bersepah. Nama mereka menjadi sebutan. Adik – adik Usahawan muda dan tak muda macam saya menanam azam seperti mereka. Mesti ada antara anda begitu juga kan kan kannnn?

Take note ye..ini apa yang Cikgu saya cakap, credit kepada CEO Samad Kinto untuk perkongsian ini dengan sedikit editing dari pengalaman saya:

Ini bukan salah atau tidak boleh tapi beri masa diri sendiri untuk mencari pengalaman dan mengutip ilmu sepanjang perjalanan perniagaan. Rilek dan bersabar.

Kejayaan sentiasa menanti. Kejayaan hak mutlak untuk semua.
Kisah sedih kegagalan tersontot pemilik produk ramai menyembunyikannya.

Produk berkotak-kotak tersimpan di stor. Berabuk & menunggu tarikh luput. Berbagai – bagai sebab mengapa terjadi peristiwa pahit tersebut.

Sebagai newbie yang bijaksana & mempunyai Cikgu yang garang tetapi stylo, kita jangan membayar cukai kebodohan tersebut.

KEYWORD UTAMA : “JADI JURUJUAL TERHEBAT DAHULU.”

Kita boleh bermula dengan langkah kanan menjadi Usahawan menjual produk Usahawan lain. Kita bersama mesti berazam untuk menjadi jurujual terhebat dahulu sebelum menjadi supplier luar biasa kesayangan ramai.

Menjadi owner produk secara automatik kita menjadi pembekal. Bagaimana kita boleh menjadi pembekal yang bagus andai kata kita pun tak reti menjual.

Lagi teruk kita tersalah jual kepada yang jahil menjual. Akhirnya keduanya terbakar hangus legam tanpa sempat di putihkan.

Antara kelebihan menjual produk orang lain:

  1. Kita boleh mempunyai kuasa memilih produk mana yang nak jual. Contoh, pilih produk Rich Berries keluaran Reveals Global, kerana sistem latihannya yang lengkap, dilatih oleh CEOnya sendiri, Tuan Haji Imran Hadi yang telah melatih 100,000 orang agen sebelum ini dan Advisor terpilih yang merupakan leader dalam bidang masing-masing. Sistem latihan yang terbukti berkesan adalah KUNCI kepada kejayaan seorang Newbie. Anda tidak akan dapat ini dengan mudah walaupun syarikat itu sudah berusia melebihi 5 tahun tau. Klik SINI untuk ketahui lebih lanjut.
  2. Tidak perlu pening kepala menjawab segala komplen dari pelanggan.
  3. Boleh bermula dengan modal yang sangat kecil & develop skil menjual perlahan – lahan. Skil menjual ini akan menjadikan diri anda bertambah nilai. Jual produk apa pun selepas ada skill ini, pasti berjaya. In shaa Allah.
  4. Tidak perlu nak design bagai kotak produk. Semua sudah siap.
  5. Tidak berpeluh langsung untuk menyiapkan produk. Dapat stok untuk terus jual.
  6. Boleh pelbagai produk & berurusan dengan ramai pembekal.

Ini adalah sebahagian idea yang terlintas. Kita juga boleh mengambil kejayaan Usahawan lain yang berjaya dengan produk orang lain sebelum sangat berjaya dengan produk sendiri. Pssssttttt! Ada juga usahawan lain yang berjaya berbisik kepada saya, menyesal keluar produk sendiri, jual produk orang lain jauh lebih mudah, katanya. Faham ke faham?

Biar bermula kecil asalkan bermula dengan betul. Kadangkala kejayaan mengeluarkan produk sendiri merupakan permulaan kegagalan tanpa kita sedar. So, berhati-hati ya.

Klik butang share jika anda belajar sesuatu dari perkongsian ini. Terima kasih! Ernie doakan anda bakal kaya dan berjaya, aamiin.

drebar-jadi jutawan-rich berries-2

 

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *