“Saya nak jual produk sendiri…”

Baru-baru ini, saya telah bertemu dengan seorang rakan lama, A. Oleh kerana lama juga tidak bersua, banyak jugalah perkara yang kami update termasuk tentang kerjaya masing-masing. A memberitahu bahawa beliau secara rasminya sudah resign dari kerjaya mulai tahun baru 2016 ini atas faktor kesihatan.

Saya pun bertanya, apa rancangan beliau selepas ini. Maklumlah, saya kenal keluarga beliau, anak-anak beliau ada 4 orang, masih kecil-kecil lagi. Ekonomi juga sedang tidak stabil dengan inflasi yang tinggi, anggaran saya 25% di Lembah Kelang ini. Untuk mendapat kerja baru dengan gaji yang lumayan juga pasti tidak mudah memandangkan masalah kesihatan beliau dan umur yang sudah melebihi 44 tahun.

Jawapan beliau, “Aku kenal pengeluar tudung XXXXXX. Aku nak buat produk yang sama, lepas tu dengan label aku sendiri.”

Saya tidak komen apa-apa. Saya cuma terkenang kisah saya sendiri. Saya juga bercita-cita seperti itu. Buat produk sendiri, pengeluar pun dah jadi networking saya, modal ada, tiada masalah, tunggu ON sahaja. Pasti meletup punyalah! Perasaan saya pada waktu itu, padahal jual produk berharga sepuluh hengget pun tak pernah hehe…

Tapi untungnya saya ambil pendekatan lain. Setelah saya teliti kata-kata pakar-pakar bisnes yang dah berjaya, saya ambil keputusan untuk belajar menjual dahulu dengan produk orang lain. Pakar-pakar ini semuanya adalah jutawan dalam bisnes masing-masing. Saya berbual secara peribadi dan tanya pengalaman mereka. Tahukah anda bahawa rata-rata daripada mereka sebenarnya sudah menjual produk orang lain dalam 3-5 tahun sebelum mereka mengeluarkan jenama dan produk sendiri dan berjaya! Malah salah seorang dari  mereka berbisik ke telinga saya dan berkata bahawa beliau menyesal keluarkan produk sendiri. Jual produk orang lebih mudah. Hanya perlu jual, tak perlu pening fikir tentang segala-galanya. Tentang pengeluaran, tentang logistic, latihan ejen, isu kualiti dan macam-macam lagi.

Seorang lagi jutawan produk pula memberitahu saya:

“Ernie, dalam bisnes, you kena ada dua perkara ini untuk berjaya. Pertama, PANDAI MENJUAL. Kedua, PANDAI MERANCANG. Faham ke faham?”

Saya angguk-angguk sahaja sambil cuba hadam.

Kini, saya makin faham maksud mereka. Sesungguhnya amat penting belajar menjual dahulu. Belajar menjual, bina channel, barulah lebih rendah risiko untuk keluarkan produk sendiri di bawah jenama sendiri. Bayangkan jika duit dah keluar ribu-ribu jadi produk sendiri, jual tak pandai, takde siapa nak jadi agen, harap fb ads yang juga bermodal, mau nangis saya tengok barang terlonggok di sudut rumah hehe…

Jadi saya bermula sebagai dropshipper pakaian suatu masa dahulu. 2 bulan pertama jumlah sales saya ialah KOSONG! Saya muhasabah. Sebab utama ialah saya tiada ilmu, main redah aje haha. Saya belajar dan terus belajar. Masuk bulan ke3, sales tertinggi saya sehari cecah RM700, secara part time sahaja ketika itu. Melompat gembira jugalah tapi bukan hari-hari okay. Bayangkan jika itu adalah produk saya sendiri, mana cukup beb nak cover indirect cost yang lain …dan bisnes secara solo gitu lambat untuk pergi jauh…growth sangat slow. Itu pengalaman saya pada 3 bulan pertama.

Anda nak mula berniaga, tapi tak pandai menjual? Sebenarnya saya pun seperti anda juga sebelum ini. Rupa-rupanya skill menjual ini boleh dipelajari tuan puan.

Bagaimana untuk bermula? Pilih produk dengan 4 ciri-ciri berikut:

  1. Produk orang lain dahulu
  2. Produk dengan margin minimum RM30 seunit
  3. Produk keperluan
  4. Ada kelas latihan menjual

Sebenarnya saya telah jumpa banyak produk yang menepati syarat 1 hingga 3 di atas. Tapi adakah anda tahu bahawa sangat jarang yang ada syarat ke4 sedangkan itulah yang paling penting untuk NEWBIE. Satu-satunya syarikat yang ada semua ciri di atas termasuk ciri ke4 ialah Reveals Global. Saya sendiri rasa terkejut dengan siri kelas yang disediakan, sedangkan kelas-kelas itu adalah amat tinggi nilainya dan mahal di pasaran. Sungguh tepat dengan tagline mereka – REVALUE LIFE.

Balik kepada isu pilih produk tadi. Untuk pilih produk orang lain itu juga ada kriteria tertentu yang jangan dilepas pandang. Anda perlu belajar tentang produk tersebut dan periksa jika ia ada kriteria berikut:

  1. Ringan
  2. Tahan lama
  3. Ada repeat sales yang pantas
  4. Barang keperluan
  5. Senang nak simpan
  6. Tahan lasak
  7. Mudah untuk pos
  8. Margin tinggi (saya syorkan minimum RM30 seunit)
  9. Kecil supaya tidak perlu ruang yang luas untuk simpan

Ini cara sayalah. Lebih mudah untuk saya latih, latih dan latih diri saya menjual produk orang lain dahulu. Dapat untung bersih RM10 sehari untuk newbie macam saya, dan meningkat kini ke RM50-RM300 sehari dah dikira syukur alhamdulillah. Dari RM300 sehari, ia akan naik ke RM400 sehari, RM500 sehari, dan RM1000 sehari, in shaa Allah. Tak perlu pening fikir tentang production, tentang kualiti, komplen pelanggan, logistic, modal besar segedebuk dan lain-lain lagi.

Sehingga jumpa lagi di lain coretan. Gambar hiasan adalah ketika saya bersama Reveals belajar tentang online marketing dan bina website. It was sooooooo awesome! Di hujung sekali ada video tentang komen peserta. Enjoy!

kelas bisnes online marketing rich berries reveals global website

IMG_20151215_165732

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *