Tips Bisnes Online : Rajin dan Pantas

Tips bisnes online. Anda kena rajin. Rajin apa? Rajin cek email, wasap, telegram dan segala jenis apps pm yang anda ada walau di mana anda berada. Mesej dari prospek kena jawab pantas. Mereka tak suka menunggu.

Bayangkan anda masuk ke restoren dan order minuman. Lepas tu minuman tu tak sampai-sampai dan hanya sampai 30 minit kemudian. Apa perasaan anda? Adakah anda akan datang lagi ke restoren tersebut?

Begitu juga jika anda bisnes online. Anda mesti pantas menjawab dan bertindak.

Adakah anda tahu bahawa rajin dan pantas ini boleh dilatih?

Bagaimana? Mulakan pupuk sifat rajin ini dengan rajin-rajin bukak wasap/telegram group bisnes anda. Rajin-rajin tanya soalan, rajin-rajin komen di situ. Rajin-rajin copy paste copywriting yang diberi. Lakukan ini secara konsisten selama 44 hari. Paksa diri anda. Anda akan dapati ada perubahan dari kualiti kerajinan dan kepantasan anda. Ganjarannya nanti pastilah sales anda akan meningkat, In shaa Allah.

Anda tiada group bisnes? Jika anda sedang mencari platform dengan group bisnes yang best, best tu maksudnya anda akan belajar banyak perkara, mungkin saya boleh membantu anda. Jom ngeteh 😉 .

Tapi jangan pulak anda beriklan atau forward mesej wasap dari group sebelah yang tak berkaitan ke grup bisnes anda. Group bisnes untuk kemajuan bisnes sahaja. Forward mesej group sebelah tu ke group sosial anda aje. Group keluarga ada, group kawan tadika ada, macam-macam group lain kan ada. Ini kesalahan biasa untuk anda yang biasa-biasa. Group bisnes yang luarbiasa tidak akan ada elemen-elemen forward mengforward ini.

Gitu.
Sama-sama kita berlatih rajin dan pantas ye💕.
Klik share jika bermanfaat untuk kemajuan anda dan ejen-ejen anda.

#SpeedIsKing

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *